Perlembagaan

Posted on March 11, 2017

PERLEMBAGAAN PANCARAGAM SEKOLAH III (HARMONIKA)

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

PERKARA I

Nama Persatuan    

Pasukan unit beruniform ini dinamakan sebagai Pancaragam Sekolah III (Harmonika) SMJK Permepuan China Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Pancaragam Harmonika SMJK Perempuan China

 

PERKARA II

Pendaftaran dan Alamat Resmi

Pasukan unit beruniform ini ditubuhkan di bawah pendaftaran unit ko-kurikulum SMJK Perempuan China Pulau Pinang dengan beralamat di: No.2, Jalan Gottlieb, 10350 Georgetown, Pulau Pinang.

 

PERKARA III

Motto

Melatih Menuju Ke Arah Kesempurnaan Muzik

 

PERKARA IV

Prinsip Keahlian

  • 1.0 Menepati Janji
  • 2.0 Menepati Masa
  • 3.0 Mematuhi Disipln

 

PERKARA V

Tujuan/Objektif

  • 1.0 Meningkatkan mutu persembahan harmonika.
  • 2.0 Mempopularkan permainan muzik harmonika.
  • Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai moral dalam kalangan ahli.

 

PERKARA VI

Struktur Organisasi

Pasukan unit beruniform Pancaragam Sekolah III (Harmonika) diuruskan oleh sebuah jawatankuasa di bawah jagaan guru penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah mengikut tugasan ko-kurikulum guru tahun semasa. Pengetua merupakan penaung utama bagi pertubuhan ini. Seorang jurulatih diundang demi memberi tunjuk ajar dalam latihan harmokia dari masa ke masa. Semua ahli pasukan unit beruniform Pancaragam  Sekolah III (Harmonika) SMJK Perempuan China Pulau Pinang secara automatik menjadi ahli bagi Kelab Muzik Harmonika SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

 

PERKARA VII

Keahlian

  • 1.0 Keahlian Pancaragam Sekolah III (Harmonika) SMJK Perempuan China Pulau Pinang terbuka kepada semua pelajar sekolah ini seperti yang disyaratkan oleh pihak sekolah.
  • 2.0 Ahli-ahli harus mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub dalam perlembagaan.
  • 3.0 Ahli-ahli harus menghadiri dalam semua latihan mahupun asktiviti. Mereka yang tidak dapat hadir harus tunjukkan surat penjelasan. Mereka yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan digugurkan keahlihannya setelah disahkan dalam AJK dan mendapat persetujuan daripada guru penasihat.
  • 4.0 Jika terdapat ahli yang ingin menarikkan diri daripada menjadi ahli, maka yurannya tidak akan dipulangkan.

 

PERKARA VIII

Kelaziman Tatacara

  • 1.0 Mematuhi urusan atau keeputusan yang dibuat oleh jurulatih dan AJK.
  • 2.0 Menhghormati jurulatih, AJK dan sering mengamalkan prinsip keahlian.
  • 3.0 Menjelaskan yuran tahunan dan memberi butiran peribadi dengan serta-merta sekiranya diminta berbuat demikian.

 

  • 4.0 Kehadiran
  • 4.1 Sekiranya sakit atau tidak hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ahli berkenaan harus menunjukkan surat doktor mehupun surat penjelasan sebab tidak hadir.
  • 4.2 Semua ahli yang hadir pada sesuatu perjumpaan, harus melaporkan diri kepada setiausaha atau penolongya.
  • 4.3 Menghadirkan diri lebih daripada separuh jumlah masa latihan barulah dianggapkan hadir pada hari tersebut.
  • 4.4 Kad hijau ko-ku harus dihantar dan ditandatangani oleh guru penasihat setelah mendapat pengesahan kehadiran oleh setiausaha pasukan setiap kali perjumpaan.

 

  • 5.0 Pakaian
  • 5.1 Latihan pada hari Sabtu, semua ahli dikehendaki memakai kemeja-T pasukan pancaragam harmonika dengan pinafor biru sekolah serta memakai tag nama.
  • 5.2 Latihan pada hari persekolahan seperti hari Selasa dan hari Khamis, ahli pasukan dikehendaki memakai uniform sekolah yang kemas dan memakai tag nama.
  • 5.3 Latihan yang diadakan semasa cuti sekolah, ahli pasukan dikehendaki memakai kemeja-T pasukan pancaragam harmonika, seluar panjang yang melepasi paras lutut, kasut yang menutup jari dan memakai tag nama.
  • 5.4 Pada hari Rabu iaitu hari unit beruniform, seuma ahli dikehendaki memakai kemeja-T pasukan pancaragam harmonika dengan pinafor biru sekolah serta memakai tag nama.

 

  • 6.0 Peraturan Semasa Berlatih
  • 6.1 Semasa berlatih, ahli pasukan dilarang meninggalkan tempat berlatih.
  • 6.2 Sekiranya ingin meninggalkan tempat berlatih, seseorang ahli pasukan harus mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pengerusi atau konduktor.
  • 6.3 Semasa menjalani latihan, ahli pasukan harus bersikap bersungguh-sungguh, tidak mengguna atau bermain telefon bimbit dan dilarang makan mahupun bercakap-cakap.

 

  • 7.0 Buku Buzik Dan Peralatan Muzik
  • 7.1 Setiap ahli pasukan harus mempuyai penyokong besi untuk meletak buku musizk.
  • 7.2 Setipa buah buku muzik dikehendaki simpan dengan baik. Sekirany berlaku kehilangan buku muzik, seseorang ahli pasukan harus menggantikan buku muzik baru dengan kadar bayaran yang tertentu.
  • 7.3 Peralatan muzik yang ingin dipijam keluar mesti mendapat persetujuan daripada pengerusi atau konduktor. Sila buat pendaftaran terlebih dahulu daripada setiausaha.
  • 7.4 Sebarang peralatan muzik yang terpinjam didapati kerosakan, peminjam tersebut dikehendaki membuat ganti rugi dengan amaun yang ditetapkan.
  • 7.5 Semua peralatan muzik kepunyaan pancaragam harmonika harus diguna dengan baik dan dijaga dalam keadaan yang baik.

 

  • 8.0 Kebersihan
  • 8.1 Setiap perjumpaan hari Sabtu, semua ahli perlu mengemaskan kerusi meja secara sukarela dan tolong-menolong.
  • 8.2 Setiap ahli pasukan dilarang sama sekali membuang sampah atau melakukan perbuatan vandalisme di mana-mana tempat.
  • 8.3 Semua ahli bertanggungjawab menjaga kebersihan tingkat bawah blok 93 pada bila-bila masa.

 

  • 9.0 Waktu Latihan

 

Selesa  1000 – 1230  ahli lama sesi petang  bilik syarahan
 1330 – 1530  ahli lama sesi pagi  bilik syarahan
Khamis  1000 – 1200  ahli baru sesi petang  bilik syarahan
Sabtu  0800 – 1200  semua ahli lama  C15 – C18
 0830 – 1030  semua ahli baru  C15 – C18

 

 

 

 

 

Ahli baru yang lulus dalam ujian kelulusan akan berlatih sehingga 1200.

 

  • 10.0 Lain-lain
  • 10.1 Sebagai salah seorang ahli pasukan pancaragam harmonika, seseorang ahli harus taat kepada persatuan dan dilarang meninggalkan persatuan dengan sewenang-wenangnya.
  • 10.2 Adalah tanggungjawab seseorang ahli untuk membaca papan notis untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
  • 10.3 Setiap ahli pasukan perlu meningkatkan prestasi diri sendiri dalam alam muzik harmonika.
  • 10.4 Semua ahli pasukan digesa agar mengamalkan semangat berpasukan dan menunjukkan disiplin yang tinggi.
  • 10.5 Sekiranya didapati melakukan kesalahan, seseorang ahli harus berani mengaku kesilapan dan menerima dendaan dengan hati yang terbuka.
  • 10.6 Seseorang ahli pasukan yang sering melakukan perbuatan memburuk-burukkan imej persatuan, AJK berhak melucutkan keahliannya selepas mendapat persetujuan daripada guru penasihat dan dia tidak akan diterima semula sebagai ahli pasukan buat selama-lamanya.
  • 10.7 AJK dan guru penasihat mempunyai kuasa untuk memindah sebarang peraturan pasukan pancaragam harmonika.

 

PERKARA IX

Yuran Ahli

  • 1.0 Yuran pendaftaran. RM 1.00 dicajkan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • 2.0 Yuran keahlian sebanyak RM 20.00 untuk satu tahun dikenakan dan dijelaskan dalam setiap semester.

 

PERKARA X

AGM Dan Perlantikan AJK

  • 1.0 Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) akan diadakan setiap tahun pada tarikh yang bersesuaian.
  • 2.0 Guru penasihat akan melantik calon-calon yang dicadangkan oleh AJK lama untuk memegang jawatan berikut:
    • 2.1 Seorang Konduktor
    • 2.2 Seorang Penolong Konduktor
    • 2.3 Seorang Pengerusi
    • 2.4 Seorang Naib Penegerusi
    • 2.5 Seorang Setiausaha
    • 2.6 Seorang Penolong Setiausaha
    • 2.7 Seorang Bendahari
    • 2.8 Seorang Penolong Bendahari
    • 2.9 Seorang AJK Papan Kenyataan
    • 2.10 Seorang AJK Disiplin
    • 2.11 Dua orang AJK Penjaga Sektor
    • 2.12 Lima orang wakil tingkatan 1 hingga 5

 

PERKARA XI

Peranan Dan Bidang Kuasa AJK

1.0 Pengerusi

  • 1.1 Mengetuai jawatankuasa
  • 1.2 Mengadakkan dan membimbing semua ahli
  • 1.3 Mengawasi dan membimbing semua ahli
  • 1.4 Bertindak sebagai jurucakap bagi persatuan ini
  • 1.5 Merancang dan melaksanakan aktiviti sepanjang tahun
  • 1.6 Melaporkan perkembangan persatuan kepada guru penasihat dari masa ke masa

2.0 Naib Pengerusi

  • 2.1 Membantu pengerusi dalam semua hal pancaragam harmonika
  • 2.2 Mempengerusi mesyuarat sekiranya ketidakhadiran pengerusi

3.0 Setiausaha

  • 3.1 Mencatat kehadiran ahli pasukan
  • 3.2 Menyiapkan laporan selepas setiap kali latihan ataupun mesyuarat
  • 3.3 Menguruskan semua hal penulisan

4.0 Penolong Setiausaha

  • 4.1 Membantu setiasuaha

5.0 Bendahari

  • 5.1 Mengutip yuran daripada ahli-ahli
  • 5.2 Memastikan akaun adalah seimbang pada setiap masa
  • 5.3 Menyediakan laporan catatan akaun untuk diperiksa dan ditandatangani oleh guru penasihat pada setiap bulan
  • 5.4 Menyampaikan kedudukan kewangan sewaktu AGM dan mesyuarat lain
  • 5.5 Menyiapkan dan menghantarkan laporan kewangan untuk disemak apabila diminta berbuat demikian oleh pihak sekolah
  • 5.6 Wang tunai dalam tangan yang dipegang oleh bendahari tidak boleh melebihi RM 100.00 dan RM 200.00 dalam tangan guru penasihat

6.0 Naib Bendahari

  • 6.1 Mengutip yuran daripada ahli-ahli
  • 6.2 Membantu bendahari dalam pengiraan kira-kira

7.0 AJK Papan Kenyataan

  • 7.1 Menghiasi papan kenyataan dari masa ke masa
  • 7.2 Melekatkan notis atau pengumuman

8.0 AJK Disiplin

  • 8.1 Menjaga disiplin ahli pasukan
  • 8.2 Menyediakan surat ketidakhadiran

9.0 AJK Penjaga Sektor

  • 9.1 Menyusun peralatan sektor
  • 9.2 Menguruskan sebarang pinjaman dan permulangan alat muzik dan pakaian

10.0 Wakil Tingkatan

  • 10.1 Membantu AJK menyampaikan pesanan kepada ahli pasukan
  • 10.2 Membantu AJK mengutip maklumat atau mengumpulkan hasilan yang diperlukan daripada ahli pasukan

» Filed Under | Comments Off on Perlembagaan